Ayam Goreng Ala KFC
Sunday, January 1, 2012
10:53:00 PM ♥
Memandangkan semua orang sibuk bercakap pasal New Year, lebih baik aku buat post yang pelik sikit. Hee~~ Today, hot title is New Year, even dalam Twitter pun sibuk trending pasal new year. OM, tua sudah aku tahun ni. 2012 means by October aku 21 tahun. Brr.
Tadi penghuni-penghuni rumah ni sibuk turun padang ke bandar untuk memeriahkan lagi suasana yang jam. Aku rasa la jam sebab cuti ni selalunya macam paip tesumbat ja jalan raya di KK tu. So aku yang tinggal di rumah ni kelaparan. *aku bila masa la nda lapar* So, here we go.

Ayam Goreng Ala KFC
Bahan-bahan
Ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 sudu serbuk kari @ cili *kalau suka boleh letak, tapi aku nda letak*
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji telur
garam secukupnya
Cara memasak
1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam, serbuk penaik dan garam. Gaul hingga sebati.
2. Pukul telur. *ada jugak orang ambil putih telur ja, tapi aku prefer dadarkan telur tu.
3. Salutkan ayam dengan telur, kemudian celupkan dengan tepung. For better quality of taste, salutkan ayam tadi sekali lagi dengan telur dan tepung.
4. Panaskan minyak, gunakan api kecil sahaja. The reason is, kalau api panas, dalamnya nda masak. So use a light amount of fire.
4. Gorengkan ayam (deep fry) 15-20 minit atau hingga keemasan.
PS: Jangan risau pasal minyak. Kalau api tu betul-betul perlahan atau ngam, ayam tu nda meletup-letup.
Lastly, enjoy :)
♥ 0 comments
♡ 


