Minat Kerjaya
Wednesday, January 11, 2012
6:23:00 PM ♥

Hi. Tengah cari bila tarikh Program Selangkah ke UiTM di Sabah tadi tapi rupanya belum ada lagi. Wanted to seek some info before I fill up the aplication forms. But on top of that, suddenly terjumpa satu link untuk test minat kerjaya. Actually I have done this before during the Kursus Kaunseling Siri 1 but decided to do it again. Lost track of self image. Mari la kita buat ramai-ramai. Sebenarnya untuk ujian kerjaya ni sangat digalakkan dan memang sepatutnya dibuat untuk budak2 lepasan PMR dan SPM atau yang bakal menyambung ke pengajian tinggi tapi nda pasti apa mau pilih.
Click HERE for the link.
Maybe I could share my part. Hehe.
ENTERPRISING (KEUSAHAWANAN) : Dayasaing, keyakinan diri, pengaruhi orang lain
Anda merupakan seorang individu yang mempunyai tahap dayasaing dan cita-cita yang tinggi. Anda suka melakukan sesuatu tugas atau kerja yang mendatangkan keuntungan dari segi diri sendiri atau ekonomi. Anda lebih suka bekerja dengan idea daripada bekerja dengan benda. Kebiasaannya, anda mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi serta keupayaan komunikasi yang baik untuk mempengaruhi orang lain. Anda sering memberi keutamaan kepada prestij, keuntungan, status diri atau kecemerlangan organisasi. Anda suka untuk memulakan sesuatu projek yang kebiasaannya mempunyai kaitan dengan bidang perniagaan. Anda seorang yang berorientasikan hasil dan suka untuk memimpin orang lain. Anda tidak mudah berputus asa dan akan mencuba sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.
Yang pasti bekerja dengan idea tu memang betul la tu. Aku nda suka bekerja dengan benda. Masa kursus tu, Kak Hayat, our speaker bagitau maksud bekerja dengan benda tu contohnya bekerja dengan mesin, macam engineer. Contoh lain macam biologist, bekerja dengan microscope.
KONVENSIONAL : Berstruktur, berhati-hati, teliti
Anda merupakan seorang individu yang suka bekerja dengan data, angka dan mempamirkan ketelitian dalam sesuatu kerja. Anda selesa bekerja dalam suasana kerja yang berstruktur dan jelas dari segi arahan, peraturan, skop tugas dan autoriti. Anda sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu tugas dan mempamirkan komitmen dan tahap kesabaran yang tinggi. Anda selalunya suka kepada ketelitian dan kekemasan samada dalam kehidupan peribadi atau urusan di tempat kerja. Anda memberi nilai yang tinggi kepada prestij dan status diri.
Benar benar. But maybe not all the time. Kalau orang lain nda buat kerja, jan harap la aku jadi rajin. Pui~ Skop tugas ke..... Terase ke......
SOSIAL : Bekomunikasi, mesra, orientasi manusia
Anda merupakan seorang individu yang suka berkomunikasi dengan orang lain daripada bekerja dengan objek, mesin ataupun data. Anda menghargai kepada aktiviti yang melibatkan perhubungan komunikasi sesama manusia, perkhidmatan menolong dan kebajikan masyarakat. Anda seorang yang mudah mesra dan mempunyai jiwa yang penyayang, lemah lembut, baik hati dan sensitif dengan keperluan seseorang. Anda suka bekerja dalam situasi yang mempromosi pembelajaran, pembangunan kendiri dan berorientasikan manusia. Kebiasaannya, anda mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang tinggi untuk membantu orang yang memerlukan. Anda kurang berminat untuk melakukan kerja yang melibatkan struktur kerja yang rutin atau yang melibatkan pemikiran saintifik dan penggunaan mesin.
Berorientasi kan manusia. Bilang Kak Hayat, some people suka bekerja dengan manusia. For example, walaupun dia dalam Bidang Engineering, dia boleh bekerja dengan manusia walaupun dia nda suka bekerja dengan mesin. Such as lecturers for example.
Ceh cmana aku ingat ni? Haha. Time ceramah tu aku rasa tekuyak sebab nda terfikir mau ambil Diploma or degrees on kaunseling. Bidang bisnes ni boleh mengoyak kepala aku sebab kena belajar akaun and math. Ingatkan lepas SPM abis suda itu m3......
Jadi kamu macamana?? You could ask me regarding on the results too if you want. Hehe~ Good Luck.
♥ 0 comments
♡ 


